Wednesday 4 May 2011

Luahan Hati Atau Sakit Hati?('',)


Asslamualaikum dan salam 1Malaysia.

Hari ini sy ke kolej seperti biasa. Cuma sesi pagi saja ada kelas tadi subjek Service Marketing (Miss Aini) yg ajar. Teman sy yg satu lagi (Ziera) tak dapat datang. Cuma sy dan Roslina saja.datang tadi. 

12.15pm~ Sy pi makan tengahari dengan si Ros, banyak perkara yg kami bualkan sampai tak habis-habis ketawa hingga nak mengalirkan airmata. ahhahahaha...

2.00pm~ Sy dengan si Ros sekali lagi pi kolej untuk lepak-lepak memandangkan tiada apa juga yg perlu dibuat pada waktu petang tersebut. 


Sepanjang bergelar seorang pelajar, banyak yg sy lalui, daripada suka, duka, kadang-kadang perkara yg membuatkansy mengalirkan airmata. Bertemu dengan kawan-kawan yg punya pelbagai karakter (sehingga aku sendiri pening, tapi happy.^^) Sebagai salah seorang kawan, sy tidak memilih bulu apatah lagi kekurangan tiap individu itu sendiri, kerana sy percaya, tiap manusia adalah 'AJAIB' dan 'ISTIMEWA'. Hanya manusia yg tidak pernah bersyukur, memandang rendah antara satu sama lain.

9.36am~ alamak!!!Sy da terlambat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sy da terlambat pergi ke kolej kerana kelas bermula pada pukul 10an. Sempatkah sy kejar untuk sampai awal ke kolej??!!!! hmm.... Sy mendapar idea, sy mesej Miss Aini, 
          
          "Miss, sy mintak maaf. Mungkin sy akn smpai lewat pergi kelas hari ini sebab, bot penumpang tidak bagi sy menaiki bot tersebut. :-( " 
          " Bah, xpa. Nanti msej sy klu kmu da smpai k?:)''

Saya nak tanya pendapat anda. Jika anda berada di situasi seperti di atas, apakah yg anda akan lakukan? Bagaimanakah persaan anda ketika itu? Mungkinkah anda akan merasa sakit hati, geram, sedih, marah? hmm... begitulah keadaan serta perasaan sy. Sy bertanya sendiri,kenapa hina sangat ke sy nie pada pandangan Pakcik tu sehingga beliau tidak melabuhkan bot penumpangnya dihadapan jeti. Bagaimanakah pandangan pakcik-pakcik yg ada ketika waktu itu?? Mereka berbisik sendirian dan memberitahu pada sy bahawa, sy sisuruh bersabar dengan karenah pakcik itu. Tapi, bagaimanakah sy harus bersabar?? Sedangkan manusia seperti sy mahupun anda punya BATAS KESABARAN. Sy memarahi pakcik tersebut dlm hati. Tapi, bila difikirkan balik, sy mengucap panjang. Astagfirullah Alazim.. 

  Hati sy berdetik, mengapa perlu marah serta sakit hati dengan apa yg terjadi sedangkan ianya bukan yg kita pinta seperti disangka. Benda da jadi, nak buat macam mana lagi?? Dah tiada guna kita memarahi serta sakit hati. huhuhuu... 


Kesimpulan yg sy dapat ungkapkan disini ialah, apabila seseorg membuatkan anda sakit hati, jangan cepat melatah kerana ianya hanya mengundang kemarahan syaitan. Bersabar serta tabah untuk hadapi perkara itu. Kerana tiap kejadian punya hikmah yg tertentu terkadang kita tidak dapat rungkai istimewanya peristiwa itu buat kita.

1 comment: